Monday, December 10, 2007

2 - Periksa Semula Solat Anda

Bertemu kembali.

Adakah anda sudah beerpuas hati dengan solat anda selama ini ?
...... sebelum anda jawab soalan ini, terus baca penerangan saya dibawah ini ye !

1 - Buka Minda Anda

Assalaamualaikum,

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Apa khabar ? Blog ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan sesuatu yang berguna untuk semua orang Islam.

Adakah anda sedar bahawa jika kita asyik fikir dunia, maka Allah akan beri kita dunia...betul tak ??........ Tetapi, jika kita asyik fikir akhirat, maka Allah akan beri kita kesedaran mengenai akhirat..... betul kan !!!.....

* Setelah buat kajian, saya dapati masyarakat Islam pada hari ni dari segi ibadatnya adalah di tahap kritikal. Maka, anda sebagai orang Islam yang nak selamat di akhirat, anda perlulah perbetulkan semula ibadah yang anda buat selama ini.

Sebab itu saya namakan blog saya ini dengan tajuk :
" BETULKAN IBADAH ANDA CEPAT !!".


Adakah ibadah kita selama ini tidak betul ?

Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya mahu anda berlapang dada dan jangan emosi. Apa yang akan saya perjelaskan nanti hendaklah anda tapis dengan ilmu agama yang anda miliki. Jika, ilmu anda terlalu cetek, rujuklah kepada tok guru-tok guru, alim-ulama.